buka mata buka minda
jam pagi aku masih disini
mengorak hari kasi pecah tradisi
buat aku rasa senang hati
hati tadi ada mati
ianya sekejap tapi segar berbaur lagi
bunyi bahasa dari mereka aku rindui
bahas perkataan dari mereka juga aku rindui
berpejam mata aku ke destinasi
melintas illustrasi bingitt kian menjadi aku jadi
ya benar berdiri, mereka bukan patung yang hanya berduri
tapi mereka keluar akan segala prosa
serta metafora yang terselindung pada mata rakyat kita
rakyat yang masih angkuh akan kebijaksaan yang diberi percuma
buta telinga serta tuli penglihatan
aku berkawan pada semua
yang terbaru ada yang sasterawan muda pangkat dibayar
ditaip suruh menjaga bahasa kerna bahasa itu ibu kita katanya
menyuluh segala perumitan segala perterlingkahan
paksi dia membujur aku orang tersalah yang bersalah,
hai abang, seni bukan dari susunan ayat serta gaya bahasa
tapi cara kita sampaikan
mahu aku ajar tapi kau sudah menang "award"
bagaimana hendak aku tunaskan sedangkan kau baru mencantas
tak mahu kemudian nanti kawan
aku digelar bagai mengajar buaya berenang.
- suka hati aku mahu tulis apa, hati aku sekarang masih pedih.
mata rakyat mata sama seperti kita.
tapi rakyat kita ini tak seperti si mata empat.
hello bobby!!
ReplyDeletefafa!
ReplyDelete