Seperti biasa gua panaskan enjin skuter gua pagi tadi, dan sambil itu gua terpaku seminit memandang motor kriss gua dimana sudah 9 bulan tersadai rosak. Last hidup pun 9 bulan lepas dimana gua start motor tu nak kedai tapi mampus akhirnya. Terpaksalah gua beli skuter yang penuh dinamik dan enovatif ini.
Sampai di ofis gua masih teringatkan motor kriss gua, gua dah terasa seperti rindu pun ada. Padahal sebelum motor itu rosak gua baru pakai sebulan, bermakna motor kriss itu gua baru beli juga. Gua ingat gua nak jual motor tu, harapan petang ini gua boleh bawak ke kedai motor. Gua syak motor tu piston calar ataupun blok rosak, eh macam power je gua dalam bab pomen pomen gini.
Gua pulang dari tempat kerja dengan gembira kerana hari ini hari gaji. Gua nak baiki motor kriss, gua nak jual, ataupun bagi je dekat ayah gua. Gua tengok motor kriss tu tersadai dengan indah, serius gua sakit mata. tanpa menunggu petang berabuh dengan cepat gua tunda motor tersebut ke bengkel Saufi. Saufi memang seorang pomen yang berkaliber dan lejen habis. Semua jenis motor dia boleh baiki dengan rileks dan steady, power betul Saufi ni.
Gua mencucuh rokok dunhill di bengkel Saufi, sedang masa yang sama Saufi baru nak belek-belek motor gua. Dia tanye kenapa motor ni? Gua jawab " tak hidup, mungkin piston bocor kot, entah kenapa tengah jalan jalan terus mati" jawab gua yakin. Bab2 enjin atau sukan permotoran ni serius gua tak ambil port, gua tak pandai serius. Asal rosak sedikit je Saufi lah bomoh bagi gua.
Penuh dengan pengalaman Saufi buka kaburator, head dan blok motor gua sambil hisap rokok, kerek habis si Saufi ni.
"Woi mane ade calar atau pun tembus, piston dan blok okay je." Saufi bersuara selepas menhembuskan asap rokok. Cilake rokok tu pun dia paw gua. Saufi sambung lagi buka motor gua, dengan harapan dapat menemui apakah masalah tak boleh hidup, ceritanya 9 bulan dah tak hidup. Saufi buka lagi komponen lain, kali ini, enjin dah digugurkan. Saufi melaung lagi, "mana ada rosak apa-apa!, semua okay je. ". Gua naik hairan, serius hairan. "Habis apesal tak boleh hidup?" Balas gua dengan tenang. Saufi menggaru kepala, habis minyak hitam melekat di dahinya.
Saufi bangun dengan mimik muka hairan. Perlahan Saufi buka seat motor dan buka "cap" minyak dan lihat tangki kering, minyak takde!. "Cilake minyak motor ni habis! Memang lah tak hidup mangkuk!"
Gua terus blah tanpa notis. Cerita dia 9 bulan gua jadi bongok.
No comments:
Post a Comment