28 March 2011

CERITA KAK LIZA DAN KAK PAH


Jam tangan yang berharga RM10 gua dah tunjuk waktu makan siang gua, gua dan geng sekerja gua masuk port biasa tadi iaitu rumah gua syurga gua.... So masa untuk bergerak nak blahh gi makan,lapo wei!
“Mendung kelabu awan berarak...” itu lah suasana kawasan rumah gua yang agak rare dan tak berapa aman.

Emy nama samaran yang hensem lagi bergaya orangnya, wahh siapakah gerangan? Itulah geng sekerja gua, nama sama kacak dengan tuannya,gua? Hehe, tak macam dia, gua cuma comel disertakan cute dan cool,muhahahha....
Suasana agak hening dengan deruman angin ingin hujan, argh lupekan,hajat nak makan jangan dibiarkan,lapar gua nanti, sape susah? Gua gak susah nanti, kang jadi macam robot tiada bateri plak, mampus gua hahaha....

“Whoiii! Mane?!!!! Manenye?!!!!”
Tung tang kletung tang tang....
Cuping telinga gua sedang buffering mencari mana datang bunyinya, mata gua menular beliaknya memerhati kot2 ade eksiden ke ape ke kan? Sah! Gua dah jumpa apa yang berlaku, terbaiklah deria yang Tuhan bagi percuma nie kan? Serius macam GPS! Tu diaaa..hujung blok barisan depan rumah gua, gua bergegas ke tempat kejadian berlari-lari anak seperti Michelle Melodi.

“Apekes nie Kak Liza dan Kak Pah oi?”, sampuk gua dengan kurang sopan masuk campur urusan orang perempuan...
Sah dah dua orang nie gadoh,patut lah main hempas-hempas pintu pagar...
Orang ramai atau dalam erti kata jiran-jiran gua tak datang dekat pun seperti gua, gua jer yang terlebih prihatin, dah macam ketua kampung plak gua sibuknya.
Jiran-jiran gua hanya duduk di luar rumah tengok dari jauh, ada yang tengok kat pagar, ada yang duduk kat pintu, ada yang tengok melalui tingkap selak langsir sket pon ada,hahaha...bayangkan dorang khusyuk tgk macam pembikinan filem arahan Faizal Yusof plak.
Gua dan Emy angkat-angkat kening dan tunjuk-tunjuk genggaman buku lima tanda isyarat yang dorang ni bertekak.

“Nak kate kes rebut laki, takkan kot, laki-laki dorang nie bukan kaya pun, duduk rumah teres macam gua jugak, kalau sebab faktor hensem, pun tak jugak sebab laki-laki dorang nie tak hensem pun, JUJUR!, so ini bukan faktor perbalahan yang berlaku, mesti ade sebab lain kot”, dengan rileks je gua tanya sama hati, cakap sorang-sorang dalam diam tak pe, org tak perasan...hehe tak de lah orang nak claim gua nie gila wuhuhuhu...
Adegan menghempas-hempas pintu pagar rumah akak Liza diteruskan lagi, Kak Pah yang berdiri dilluar rumah rilek je tak bercakap tengking pun, cuma Kak Liza je si tuan rumah dan tuan punya pagar, apa motif Kak Liza hempas pagar pun gua tak tahu...
“Aku tak tahu aku kate..!!! Anak aku tak amik!!! Anak aku bukan macam tu!! Anak aku tak amik! Tak amik lah!!!”, tengking Kak Liza sambil kedua belah tangannya menyambung perbuatan menghempas pagarnya sendiri, haish tak sayang tangan betul.

“Ambil ape Kak Liza, sampai bertekak-tekak nie? Malu kat jiran-jiran nie”, gua plak dengan cool bertanyakan soalan.
“Arghh aku tak malu lah! Aku berani kerana benar aku tak malu lah!”,  selamba dia bagi jawapan yang agak keras kat gua, nasib baik gua nie setaraf PBB datang untuk meleraikan keadaan.
“Ape dia Kak Pah oi? Ambil apa sampaikan Kak Liza marah-marah nie?, tanya gua pada Kak Pah sambil gua kerling pada Kak Liza yang semakin menggila naik turun naik turun nafas beliau.
“Ni haa anak Liza nie ambil kucing Kak Pah masuk dalam rumah dia, Kak Pah nak mintak balik, tapi Liza nie marah Kak Pah balik cakap yang anak dia tak ambik kucing tu.” Jawab Kak Pah.
“Kucing parsi yang harga ribu-ribu tu ker?” gua tuju soalan lagi macam wartawan Melodi pada Kak Pah lagi untuk mendapat kepastian yang tepat.
“Tak lah, kucing kampung je, baru jumpa semalam!”, jawab Kak Pah dengan penuh jayanya.


Ya Allah ya rabbi, tersentap gua dengar jawapan dari mulut Kak Pah sendiri.
Dengan selamba gua gelak dan blah dari situ meninggalkan dua orang jiran gua yang dah macam orang gila gua tengok.

No comments:

Post a Comment