27 August 2012

Gelabah Tetek Punya Budak.

Babi ape blog aku ni, entry entoh mende mende, baik jangan main blog, kakaka.
Aku kene kutuk dulu sebelum orang lain kutuk ,haha. Hmmm, aku nak kasi blog aku comel lah, cane eh? Aku kan baru belajar, *angkatangkatkening*.
Pergh semalam typo bersepah sepah aku tengok, dah jadi jadah haram bila tengok balik. Tu lah akibat lama tak main main dengan keyboard nie,jadah jadah!!!

Baidewei aku nak ucap Salam Raya bagi semua orang kat dunia nie yang rasa dia orang Islam lah. Sempat lagi kan?
Hari ni isnin, kemain budak sekolah taknak pergi sekolah dah serupa ilmu tu macam sampah je. Anak jiran aku sampai ngamuk ngamuk taknak pergi sekolah, kemain liat budak nie. Yang mak dia pulak suara dah macam Ning Baizura memekak kejutkan anak dia, siap add on membebel tak tahan tu.

Budak budak ni ingat ilmu nie senang nak dapat ke ape? Ingat boleh jumpa tepi jalan ke? Pastu ingat boleh order macam kat kedai makan ke ape? Ferghh aku harap harap anak jiran aku nie bertobat capat cepat sebelum pedoman dia rosak. Perasaan nak sekolahkan budak tu pun ade jugek, tapi bila mengenangkan balik aku pun bukan power sangat pun dalam sistem pembelajaran sekolah dulu, dan sekrang masih tidak berjaya lagi. Tapi tu lah, ilmu tu penting dik oi.

Budak budak sekolah zaman sekarang ni sumpah manja nak mampos. Betul beb, masa aku sekolah dulu penampor, merotan, maki hamun, semua ada, semua pernah merasa. Tapi takdelah nak merepot, kalau ade pun bagitahu kat mak ayah je, itupun kene sound balik dengan mak bapak sape suruh tak dengor cakap cikgu! Cikgu atau guru ni bukan nye gila nak gi bantai engko orang sesuka hati. Segarang garang cikgu nie hati dia punya lah suci, pasaiapa, pasai nak bagi engko orang pandai lah woi, nak bagitahu apa itu baik apa itu jahat. Tapi ironinya budak budak sekarang cikgu sekolah pun boleh bawak bertomoi, dah macam mane nak pandai, kalau ade yang pandai pun engko orang fikir ilmu tu berkat ke woi? Dah lah sistem pembelajaran entoh mende mende sekarang nie, tak masuk dek akal pun ade.

Sekarang nie tak boleh nak salahkan guru 100% dan budak budak 100%. Sekarang ni  kene berfikir secara balance. Tengok lah siap ade yang beromen dalam bilik buku teks pun ade, dah cane? Yang sistem paling faking lepas nie mungkin pelajar boleh bawak phone ke sekolah. Habislah bontot bontot cikgu di'instargram' kan. Dan jangan terkejut kalau ade klip video bertajuk "SkodengCikguAzuraKencing.3gp". So nak salah kan siapa?

So kene bertindak lebih awal lah, langkah kene power lah nak train budak budak zaman k-pop nie. Baik dari pembelajaran dari rumah ataupun disekolah. Mohon ibu bapa atau guru lebih rasional dalam hal ini. Kita sebagai orang awam nie, hanya dapat tengok je lah, tak dapat nak negor, karang ade dapat penerajang free dari budak budak nie. Dah lah malas nak membebel, layan video klip wawa latip ni lagi best.

Quote tak berapa mesra : Budak budak zaman sekarang gangster woi.

No comments:

Post a Comment