11 September 2012

Efek Rasa Sayang.

Hening berselaraskan hiruk pikuk mega desa, sesegar bayu bertiup di gigi pantai. Sungguh indah petang ini. Muslim bersama kekasihnya, Dibah sedang menghayati pesona pantai Teluk Chempedak, di mana pantai jiwa bagi rakyat Pahang. Dan disini juga banyak menyimpan seribu kenangan tatkala sedih mahupun gembira.

Muslim seorang penjawat awam yang berkaliber dan bakal dinaikkan pangkat tidak lama lagi, cuma dia seorang yang lurus sedikit, namun kali ini dia bercinta enuh berhati-hati,mungkin pengajarang yang lepas mematangkannya. Sambil menyeru angin pantai malam itu, Muslim bakal mengajukan soalan berepisod kepada buah hatinya sebentar lagi sambil mencucuh sebatang rokok dunhill.

"Awak sayang saya macam mana?", tanya Muslim spontan dengan nada sekilas manja.
"Sama seperti awak sayang saya", balas Dibah dengan jawapan yang agak kukuh bagi menambat lagi kekukuhan sayang pada hati Muslim.
"Awak pernah tak kira bintang di angkasa raya tu", Muslim bertanyakan buat kali kedua.
"Tidak, sebab ianya tidak terkira." Dibah mengurai.
"Begitulah kasih sayang saya terhadap awak, dimana disitu sungguh tidak terkira.", Muslim menambahkan lagi keutuhan cinta mereka berdua. Sambil itu Dibah senyum lebar dan seperti mahu menangis, lalu diminta dirinya untuk pergi ke tandas berhampiran sebentar. Pada masa yang Muslim meminta telefon Dibah sebentar sementara Dibah ke tandas.

Mereka berkongsi apa saja termasuk wang, kenderaan, telefon bimbit dan sebagainya. Muslim membuka folder gambar dalam telefon blackberry yang diberinya 3bulan lepas sempena harijadi Dibah yang ke 19. Dibah seorang pelajar di kolej swasta. Mereka berdua berkenala engan tidak sengaja dimana Dibah tertinggal dompet atas mesin ATM, lalu pada masa yang sama Muslim menjumpai dompet tersebut dan mendapati ka pelajar yang beraa di dalam dompet Dibah. Keesokannya Dibah mendapatkannya dompet itu dari tangan Muslim sendiri dan dari situlah mereka bertukar nombor telefon. Semakin hari semakin rancak mereka mengenal antara satu sama lain dan sehingga ke hari ini.
Muslim membelek satu persatu, habis 'next' beliau tekan, senyuman hingga ke telinga. Gembira Muslim, cinta dibelai bagai bunga raya mengembang menguntum setaman. Kini tiba masa Muslim melihat folder video pula. sedang asyik melihat tajuk-tajuk video tersebut, ternampak dua klip video yang tiada tajuk, hanya bernombor sahaja. Muslim buka dengan harapan itu adalah baru dirakam saja saja.

Bagaikan pinggan kaca marmar yang keras, kali ini bukannya jatuh tetapi dihempas di atas batu Teluk Chempedak, begitu gambaran bagaimana hati Muslim hancur berkecai. Dibah sedang menuju ke arah Muslim, Muslim bersahaja. Dibah senyum, Muslim sinis lembut. Bingkas Muslim angkat punggung dan merapati Dibah dan berbisik," Jika aku tahu salah satu bintang diatas adalah akan menjadi tahi, akan aku agungkan bulan. Tidak guna berkelip dari jauh tapi tiada apa apa harapan. Biarpun bulan hanya satu disitu, namun cahayanya akan dapat aku melihat dari jauh."

Muslim memulangkan telefon itu tanpa menutup folder video dan menapak pergi. Namun Dibah bingung. Dibah lihat kembali telefonnya, disitu muslim telah 'rename' kan bertajuk 'kekasih lama kembali.' Dan 'kekasih yang dulu hilang '. Dibah lupa buang rakaman video seks yang diambil oleh Jaafar, iaitu kekasih sebelumnya Muslim. Muslim pulang dengan kekecewaan. Manakala Dibah rebah dan terkulai pengsan di persisir pantai. Dan Muslim, melangkah pergi...

No comments:

Post a Comment