Pagi ni gua bukan nak cerita pasal tembak menembak, tapi gua nak cerita pasal hantaran kahwin. Biarpun gua belum berkahwin, tetapi suka hati gua lah nak tulis ke tak, artikel gua. Kerek jugak gua ni kadang-kadang. Kes hantaran ni boleh buat pihak lelaki pening kepala dan bunuh diri. Mana tak nya, harga hantaran sama mahal dengan kepala lori. Dah kalau mat desptach macam mana nak kahwin? Mana ada despatch gaji lapan belas ribu sebulan, kalau ada pun yang pesen jual dadah. Kalau kerja kerajaan pun belum tentu bahagia selepas buat loan. Mana nak bahagiakan isteri lagi nak bayar hutang lagi. Bangang bangang.
Yang terbaru, gua ada dengar hantaran mencecah RM80000 dan bla bla.. Woi orang tua, engko ingat anak engko tu emas ke? Kalau emas boleh gua nak buat perjanjian degan ar-Rahnu. Untung nanti boleh makan sama-sama. Harga sama mahal dengan BMW second. Gila ke ape. Disini gua bukan tak sokong dengan hantaran yang mahal atau sebagainya, cuma gua nak sentuh kalau si lelaki tu tak berkemampuan, itu je. Tak ke jadi gila nak kumpul duit? Tanggungjawab kat keluarga dia macam mana? Dah lah kahwin perlu tanggung anak orang, nafkah zahir dan batin lagi. Kalau asyik bayar hutang dan kerja tak tentu masa, alamatnya nafkah batin entah kemana. Mula lah isu ''BINI TIDAK PUAS DENGAN SUAMI YANG ASYIK SIBUK DENGAN KERJA", masuk metro, masuk youtube, twitter dan facebook, tokmu! Kalau dua puluh ribu punya hantaran pun, menyandor jugak lelaki memikirkan hal ni. Beli anak orang mahal-mahal tapi pandai masak megi je, baik tak payah kawin. Bongok.
Hal ni sebenarnya dah lama, cuma baru ni je ada meletup pasal hantaran tak masuk akal. Kesian. Sesetengah pihak sebenarnya bukan ditetapkan oleh pengantin tetapi di tetapakan oleh Mak Ayah dan saudara mara. Saudara mara? Go to hell la woi, mana boleh masuk campur! Yang jadi mangsanya adalah pihak lelaki. Kerana terlampau sayang terpaksa meminjam sana sini. Kalau tergolok gadai tiada hal lagi, itu di kira pengorbanan. Tapi sehingga hutang keliling pinggang itu bukan pengorbanan, itu bangang abadi namanya.
Orang sekarang ni betei-betei gunakan pepatah "BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT". Siapa buat pepatah ni? Geram pulak gua dengar kalau mana mak mertua cakap macam ni bila keluarga lelaki datang merisik. Ingat Tuhan tanya ke pasal adat kahwin kat ahkirat kelak? Cukup lah adat kehidupan kita ikut, jangan nak bodohkan diri campur adukkan hal dalam mendirikan masjid yer dak? Memang betei ibu bapak nak yang kan terbaik untuk anak perempuan beliau, tapi mereka patut fikir apa yang terjadi selepas anak mereka kawin. Kesian kan?
Bagi gua, biarlah hantaran murah pun tak apa, orang nak mengata anak awak murah hantaran tak apa, janji jangan murah harga diri betul dak? Padahal mak mertua pun dulu entah berapa ratus harga hantaran pun tak tahu, molek je bahagia sepanjang zaman. So disini gua nak sarankan kepada keluarga perempuan, jangan lah hukum bakal menantu macam tu, silap hari bulan ANDARTU lah anak korang. Hidup anak perempuan kita ni jangan jadi seperti barangan, "harga mahal tak semestinya baik dan berkualiti, kadang tu yang murah lebih tahan lama dan bagus".
Pilihan di tangan dan otak anda menentukannya, jangan jadi bangang selamanya.
p/s : Ni gua rasa nak kahwin dengan janda berhias ni, kehkehkeh...

No comments:
Post a Comment