Ucapan dari segala genap sudut laman sosial dan mesej telefon.
Perihal hari jadi,
Kan bagus setiap hari jadi kita ada hadiah wang tunai dalam ASB atau simpanan bank sebanyak dua tiga ribu yer dak? Setiap hari jadi digandakan simpanan tersebut dan ada ketetapan masa untuk dikeluarkan supaya simpanan itu benar matangnya. Sekiranya, hari jadi itu adalah titik permulaan untuk jadi kaya. Baru meriah hari jadi sebegitu. Dan, bagus juga jika hari jadi ni adalah satu permulaan perasaan baru untuk ditakluk dan buang segala perasaan kesal terhadap benda yang lepas kan? Itu semua JIKA dan KALAU. Manusia tidak boleh lari dengan angan angan. Angan angan juga lah benih untuk menjadi cita cita, cuma kita perlu ada usaha. Tak ada usaha boleh lah bawak diri tu slow slow pergi meninggal.
Hari jadi,
Ada yang sambut dengan sedih, gembira, dan pelbagai perasaan. Jadi sambutlah bersama hati yang redha dan ikhlas dengan perasaan sendiri. Terima seadanya.
Apa yang gua harapkan adalah biarlah hati ini bicara dengan Tuhan, Dia lebih tahu. :-)
Kepada yang buat ucapan itu, gua ucapkan terima kasih banyak banyak dan semoga Tuhan panjangkan umur dan rezeki kalian.
Terima kasih ;
Tuhan,
Ibu Ayah,
Adik Beradik,
Kenalan,
Orang yang tak dikenali,
SELAMAT HARI JADI BRADER. ;')
No comments:
Post a Comment