degup-degup jantung penghuni rumah tua
menghembus nada kerisauan
dimana tempayan usang untuk bekalan harian
depecahkan ruyung itu,disentap oleh telapak senapang agung mereka
takut kampung tergadai,
nyawa dibiarkan melayang
sungguh tersentuh peristiwa waktu malaya belum merdeka
mengorak langkah-langkah demi perlahan
agar menarik rambut dalam tepung tidak berselerak
meraka bersenjatakan picu-picu jari
yang menjadi kemegahan pada waktu itu
berbekalkan ilmu Tuhan dan ciptaan
kita masih menangis palsu pada waktu itu
mengundur langkah bukan mengalah
tetapi mengasah ketajaman akal,
buah fikiran menjana pendapatan minda
membuat ayah berhijrah mentunaskan janji
janji yang diikat sehingga kini tersimpul mati
tetapi perjuangan maruah sehelai kain jalur itu sudah selesai
Apa yang merdeka?
Kita?
Tanah ini?
Maruah?
berfikirlah kerana oksigen-oksigen kita sudah banyak
berterbangan di luar sana...
No comments:
Post a Comment