19 November 2012

Keluh sebiji batu yang tumpul.


Siang malam bertongkah langit dan membidai bumi
Hingga kini masih menangis dan tidak berhenti
Meraung memanggil-manggil camar yang kini sudah hilang
Bukan malang tapi ini satu rahsia siang

Darah mereka adalah air gerimis tanah
Airmata mereka adalah baja liang lahad
Badai yang datang bersama angin itu adalah peluru
Peluru yang bukan buta yang bukan mati

Kacamata retak seribu namun mampu berjalan
Bertongkatkan paruh yang patah namun mampu meludah
Sehelai sepinggang namun mampu asingkan aurat
Hilang punca namun mampu hidup

Berapa umur anak-anak ini?
Nyata belum baligh dan belum hirup rasa remaja
Bangun berjalan sendiri tanpa dispimping
Namun picu bersedia dihujung telunjuk, sinis

Ya Allah kau selamatkanlah palestin,
Hapuskanlah peluru-peluru yang dibersin,
Bersihkan lah hati para para zionis,
Kerana mereka sudah puas sedih, puas menangis.


No comments:

Post a Comment