tilam yang basah menjadi saksi,
adengan rakus pasangan mengikat janji,
pergelutan ranjang yang sungguh berekonomi,
melupuskan segala hukum-hukum yang berada di ingatan,
terlanjur perahu boleh di undur kawan,
terlanjur perbuatan buanglah anak tutuplah segala drama
sayang,
segeralah gugur,
rayu penuh madah tapi kosong,
tiada belas kasihan,
tiada penderitaan sakit katanya,
berbulan-bulan berusung dan berahsia,
rahsia yang penuh dosa dan hina,
janji yang diikat dulu,
kini genap hari yang patut bahagia bagi mereka yang menyemai benih asmara,
teriakan manja anak menghirup oksigen baru,
ibu hanya sentuh sekejap sahaja,
panas hawanya belum hilang lagi
Tuhan sahaja yang tahu,
dia dipekung dalam beg plastik, susu pertamanya adalah darah-darah ibu muda yang tegar akan cinta klise kekasihnya,
suara-suara yang sepatutnya didengar zikir dan azan,
kini digantikan dengan bunyi-bunyian lalat-lalat sampah,
dimana serangga-serangga kecil mengucap panjang,
atas perbuatan mereka yang Tuhan ciptakan akal dan fikiran,
berfikir lah,
bukan sejenak mahupun seketika,
tapi sebelum bertemu teruna dan dara,
ikatlah janji dengan bersaksilah hukum-hukum karma dan Tuhan.
p/s :
Ya Allah ya tuhanku kau bukakanlah
hati mereka yang masih belum bertemu ke jalanmu ya Allah,
berikanlah nurMu seperti mana kau berikan kepada kekasih2Mu ya Allah,
kerna anugerahMu tidak ternilai dari segi apa-apapun di alam ini.
No comments:
Post a Comment