23 August 2010

Dia, bukannya objek untuk melepaskan amarahmu.

Dia,
bukannya objek untuk melepaskan geram,
bila kau pulang,
gelap hatinya irama siang dan malam,
luhur segala pendaman rindu yang bertasbih,
kukuh alasanmu untuk dia ,
kerana letih memikirkan kerja berjuta-juta nilainya,
bagimu, 
dia kau berpaksikan tangan dan kakimu,
dan kau persembahkan drama yang mungkin menjadi igauan ngerinya
dimana dia diburu tingkah laku mu

Dia,
bukan objek untuk melepaskan amarahmu,
dia juga mahu bermanja seperti teman eratnya yang lain,
buaian manjanya bukan meminta bengisan ibu-bapanya,
tapi hanyalah pelukan segunung kasih sayang,
dia belum fasih akan alam dewasa, alam kita,
jangan biarkan dia menyimpan dendam,
kerna bukan itu cara mengajarnya,
bukan itu cara menyayanginya

Dia,
bukannya objek-objek untuk kau perhaiwankan,
belailah dengan penuh perasaan bunga kasihmu,
angkatlah harga dirinya bagai permata yang kau dulang,
usaplah dahinya dengan telapak syurgamu,
segeralah pada dia dari segala urusan wang jutaan ringgitmu,
kucupilah dia dengan nasfsu sayangmu,
kerana anugerahNYA bukan hadiah yang dipesan-pesan,
dan bukan emas yang jatuh dari landasan langit,
jadi bertafakur insaflah,
 kerana dia juga akan menjadi engkau kelak,
 menjadi engkau apabila dia mengenal apa itu dunia.


No comments:

Post a Comment