19 November 2010

PENSIL TUMPUL

mengasah-asah setiap penghujung hunus matanya
namun masih lagi ianya tumpul
setelah meneroka sekeping kertas tak bernyawa
yang mungkin akan menjadikannya
seorang raja mahupun daif suatu hari nanti

masih melerek bucu pensil
masih belum bersinar isi pensil
kerana mahu kehebatan tulisannya
yang mahu menjadi maha megah

melangkah ke dunia resam lain
masih mengasah pensil tumpul itu
yang belum tentu nampak tajamnya
yang belum tentu akan ukirannya

dunia berperang nuklear idea
menerpa-nerpa keuntungan serta nama
tapi kita masih memegang pensil tumpul
kerana kita buta dan tuli sehari-hari
yang seadanya tajam adalah akal awalnya
bukanlah sebatang pensil tumpul


No comments:

Post a Comment