18 November 2010

DEWA GADIS METROPOLITAN MAHA ANGKUH

Mengucup sekudus cerita
yang dulunya aku dipuja peri perawan
bagai dewa yang mengepalai segala seraya askar-askar cinta
hanya sehembus tiupan kabus racun asmara
terlerai segala nafsu iman sekukuh batu gunung toba
terus helah hawa maha belantara asmara

Kemut-kemut diasah senadi berahi
dan mengalir segala perasaan kehebatan
ajukan si panca delima berantai runcing
yang setia menjadi penunjuk luluh
pada pegangan ilustrasi diri

Membujuruti burit-burit yang bersenggama
meleret-leret hilang dahaga dari senyuman
puas dijilat serakah marabahaya
puas puas puas hati sang merapi
hanya tepukan dan berdekah-dekah
hadiah buat aku dalam diam

Kini kendur dan lemah
didatangi segala yang tak diingini
berbintik-bintik bertubi-tubi datang menjamah perlahan-lahan
urat likat darah palsu menyemai
longlai hanya menunggu menyembah bumi
kerana angkuh akan asmara wajah perasaan pasaranku.

burit-punggung ( bahasa indah DB&P)

No comments:

Post a Comment