24 August 2010

TINGGALLAH BAJU YANG KAU PAKAI DULU BERSAMAKU





x
x
melewati waktu-waktu hujung nafasmu
mengukir-ngukir raut sewajah duka
yang akan tidur buat selamanya
mengandung hayat yang seberapa lama perlu
meniti alur-alur kebahagian yang dianugerah
mencangkir doa-doa selepas dilepaskan jasad
kini hanya tinggal jsaa yang kau sarung dulu
dan akan dimamah parasit muda
yang terkulai-kulai seperti sampah
menunggu ada yang sudi atau tidak untuk mengecarainya
tetapi ada juga yang mengetahui
menyuling-nyulling wajahnya pada hambar jasad
masih menabur kasih bakti mungkin
dan juga apakan daya
pada awalnya metafora menawan tatapan
tapi kini hanyalah kesedaran
yang pasti kau sudah tiada
buat kau pergi ke mahligai baru
tinggalkan aku bersama jasadmu
jasad yang mungkin berpindah badi padaku
yang suatu hari nanti akan juga
aku menghidu jejakmu
jejak hingga ke syurga...




2 comments: